• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Sunday, July 31, 2011

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA SMK TUN MUTAHIR

Panitia Matematik mengucapkan 'Selamat Bertukar' kepada Tn Hj Zolkaply Bin Yunus ke SMK Iskandar Shah, Jasin dan 'Selamat Datang' kepada Tn Hj Husin Bin Sirun iaitu pengetua baru SMK Tun Mutahir. Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala nasihat , ilmu dan idea yang telah diberikan kepada panitia matematik sepanjang beliau menjadi guru matematik kelas 3J(2010) , 3A(2011) . Terima Kasih dan semoga Tn Pengetua sentiasa berjaya pada masa hadapan.

Gambar sekitar Majlis Perpisahan Tn Pengetua bersama guru dan pelajar SMK Tun Mutahir pada 29 Julai 2011 jam 7.30 pagi di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.


Tn Pengetua bersama barisan pentadbir, naib pengerusi PIBG semasa diarak masuk ke tapak perhimpunan pagi.

Tn Pengetua dikelilingi oleh barisan pengawas sekolah menuju ke tapak perhimpunan.

Tn Pengetua bersama semua barisan pentadbir, naib pengerusi PIBG dan semua guru.

 Pn Hjh Kamariah bt Othman iaitu GPK 1 SMK Tun Mutahir sedang menyampaikan ucapan.

 Tn Pengetua sedang menyampaikan ucapan perpisahan dan amanat terakhir kepada semua guru dan pelajar.

 En Mohd Noor sedang mendeklamasikan sajak khas buat mantan pengetua SMK Tun Mutahir.

 Persembahan lagu "Sayonara (Salam Perpisahan)"oleh guru SMK Tun Mutahir.

En Salleh Abdul Wahid mewakili Panitia Sains dan Panitia Matematik sedang menyampaikan hadiah kepada Tn Pengetua sebagai kenang-kenangan.

"Sayonara (Salam Perpisahan)
Dulu sama di sini
menabur bakti
saling menghargai
antara hati...
Kini tinggallah kami
merindu lagi
kau melangkah pergi
membawa diri...
Sayonara...sayonara...
berjumpa berpisah lumrah dunia
Sayonara...sayonara...
semoga kita kan jumpa pula.
(ulang semua)

No comments:

Post a Comment