• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Friday, July 1, 2011

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG MATEMATIK PMR/SPM (PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2011)

Panitia Matematik telah menganugerahkan hadiah baucar dan buku matematik kepada pelajar cemerlang matematik PMR dan pelajar cemerlang matematik / matematik tambahan SPM yang telah mencapai keputusan cemerlang dan pelajar yang telah menunjukkan peningkatan markah di dalam peperiksaan setengah tahun 2011. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Kanan Sains dan Matematik , Pn. Mariah Abd. Rahman dan GPK Ko-Kurikulum , En Muhd Radhi b Masah semasa perhimpunan pagi hari Jumaat bersamaan 1 Julai 2011. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan semoga menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk lebih menunjukkan kecemerlangan didalam setiap ujian dan peperiksaan pada masa akan datang.




Guru Kanan Sains dan Matematik, Pn. Mariah Abd. Rahman sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang matematik dan matematik tambahan PMR/SPM di dalam peperiksaan setengah tahun 2011.



GPK Ko-Kurikulum sedang menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah menunjukkan peningkatan markah matematik dan matematik tambahan di dalam peperiksaan setengah tahun 2011semasa perhimpunan pagi di tapak perhimpunan.

No comments:

Post a Comment