• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



PROGRAM



BROSUR PANITIA MATEMATIK TAHUN 2011


Photobucket
Photobucket
--------------------------------------------------------------------


sila klik di bawah :

KERTAS KERJA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011


......................................................................................................


SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA: MATEMATIK
TAHUN: 2011

Peruntukan: RM 7035.30

PENERIMAAN
PERBELANJAAN
TARIKH
PERIHAL
AMAUN (RM)
TARIKH
PERIHAL
AMAUN (RM)
31/12/2010

BAKI 2010
504.44
Feb 2011
Jangka lukis
300.00




Feb 2011
Artline Whiteboard Refill
 405.00



Feb 2011
Artline Whiteboard Marker

180.00



Feb 2011
Kertas A4

  73.00
Jan 2011
Peruntukan 2011
7035.30
Mac 2011-
Julai 2011
Program
1.Tingkatan 1 RM200.00
2.Tingkatan 2 RM200.00
3.Tingkatan 3 RM600.00
4.Tingkatan 4 RM200.00
5.Tingkatan 5 RM600.00

1800.00



Mac 2011
Koleksi soalan klon Matematik PMR

624.00




Mac 2011
Koleksi soalan klon Matematik SPM

900.00



Apr 2011
BBM

1500.00




Apr 2011
Minggu Matematik dan Sains

1400.00





BAKI
357.74


JUMLAH
7539.74

JUMLAH
7539.74

Disediakan oleh: PN JAMALIAH BINTI DAUD

KETUA PANITIA/UNIT: MATEMATIK


...........................................................................................................................................


SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA: MATEMATIK TAMBAHAN
TAHUN: 2011

Peruntukan: RM 1248.00

PENERIMAAN
PERBELANJAAN
TARIKH
PERIHAL
AMAUN
(RM)
TARIKH
PERIHAL
AMAUN (RM)
31/12/2010

BAKI 2010
125.48
Feb 2011`
Buku Rujukan
Add.Maths SPM


246.00
Jan 2011
Peruntukan 2011
1248.00
Mac 2011
Koleksi Soalan Klon Add. Maths SPM


400.00



Mac 2011
Program
1.Tingkatan 5 RM400.00
2.Tingkatan 4 RM250.00

650.00

































BAKI
77.48


JUMLAH
1373.48

JUMLAH
1373.48

Disediakan oleh: PN JAMALIAH BINTI DAUD

KETUA PANITIA/UNIT: MATEMATIK 



......................................................................................................................

 Kertas Kerja Kuiz Matematik Tingkatan 3 2011
1.0 PENDAHULUAN

Program Kuiz Matematik merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid tingkatan 3. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk melayari blog matematik tingkatan 3 dan seterusnya diharap dapat meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran matematik.

2.0 RASIONAL

2.1  Memberi peluang kepada pelajar utuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi  
       peperiksaan PMR khususnya dalam matapelajaran Matematik.
2.2  Menanamkan sikap bersaing secara sihat di kalangan murid
2.3  Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di alam siber.
2.4  Meransang pelajar mendapat pengetahuan Matematik melalui blog.

3.0 OBJEKTIF

3.1  Memperkenalkan kaedah ICT kepada pelajar dalam pembelajaran matematik
3.2  Memberikan murid pengalaman dalam pelbagai kaedah pembelajaran yang berkesan.
3.3  Memberikan suasana persaingan secara sihat kepada murid.
3.4  Menanamkan sikap mementingkan ketepatan masa kepada murid.


4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1     Murid-murid tingkatan 3



5.0 TARIKH DAN KOS

5.1    Program dijalankan setiap minggu.Jangkaan bilangan minggu ialah 20 kali dari bulan Februari   
       hingga Oktober 2011.
5.2  Hadiah bernilai RM 3.00 (seorang) x 10 kelas = RM 30.00 (setiap kuiz)
5.3  Jumlah keseluruhan = RM30.00 x 20 = RM600
5.4  Sumber kewangan adalah dari PCG Panitia Matematik.

6.0 METODOLOGI

6.1     Soalan akan diterbitkankan dalam blog setiap minggu dan tarikh akhir untuk menghantar jawapan
       disertakan.
6.2     Pemenang akan dipilih dari kalangan murid yang dapat menjawab dengan betul dan paling pantas.
6.3     Setiap kelas mempunyai seorang pemenang.
6.4     Sekiranya tiada murid yang menjawab soalan pada minggu tersebut, kuiz tersebut akan dilanjutkan tempoh ke minggu seterusnya.





7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KUIZ MATEMATIK

7.1 Jawatankuasa Pengurusan
          i) Penasihat : Tn Hj Zolkaply Yunus (Pengetua)

          ii) Penyedia soalan kuiz :
      TARIKH
PENYEDIA
Februari
Pn Rozita Mohd Saad
Mac
Pn Li Zhen Ying
April
Pn Pang Fuei Shee
Mei
En Anuar Lasim
Jun
Pn Li Zhen Ying
Julai
Pn Pang Fuei Shee
Ogos
Pn Rozita Mohd Saad
September
En Anuar Lasim
Oktober
Pn Rozita Mohd Saad

          iii) Penyedia Hadiah
      TARIKH
PENYEDIA
Februari
Pn Rozita Mohd Saad
Mac
Pn Li Zhen Ying
April
Pn Pang Fuei Shee
Mei
En Anuar Lasim
Jun
Pn Li Zhen Ying
Julai
Pn Pang Fuei Shee
Ogos
Pn Rozita Mohd Saad
September
En Anuar Lasim
Oktober
Pn Rozita Mohd Saad


8.0     PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala usaha yang dilakukan dapat mencapai matlamat yang digariskan.

         Disediakan oleh :
     
         Pn Rozita bt Mohd Saad
         Penyelaras Matematik Tingkatan 3 tahun 2011


.......................................................................................................................................


KERTAS CADANGAN

PROGRAM KBK (KAWAN BANTU KAWAN)
MATEMATIK
2011


1.0      PENDAHULUAN

           Pencapaian prestasi Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam didapati masih rendah di peringkat sekolah dan di peringkat negeri Melaka. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti, Panitia Matematik memperkenalkan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 bagi 3 kelas yang pertama setiap tingkatan.

Seperti yang diketahui mempelajari matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Untuk menguasai matematik, pelajar perlu banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap pelajar dapat menguasai sesuatu topik.  Oleh kerana itu ,program ini diperkenalkan  bagi membantu pelajar  lemah menjadi  pelajar cemerlang supaya setiap pelajar dapat berkongsi belajar bagi meningkatkan peratus lulus dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dalaman dan awam. 


2.0   MATLAMAT

Meningkatkan kualiti dan kuantiti peratus lulus mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam.
(Sila rujuk Lampiran A)


 3.0   OBJEKTIF
           
Bagi membantu pelajar yang sederhana dan lemah pencapaiannya dalam   Matematik untuk:

·         Mendapat keputusan gred cemerlang A+ atau A.
·         Meningkatkan motivasi pelajar sederhana dan lemah supaya dapat bersaing dengan prestasi pelajar cemerlang.
·         Mencapai target cemerlang (> 50% ) di peringkat PMR dan SPM.


4.0    SASARAN

Guru matematik (mata pelajaran), 3 kelas pertama setiap tingkatan - Menengah Rendah (Kelas Ixora, Alamanda, Jasmine), Menengah Atas (Kelas SN, SSI, PA)
5.0   TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh: 14 Februari  2011 hingga Peperiksaan PMR dan SPM 2011
Dilaksanakan waktu persekolahan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dan di luar waktu persekolahan.



6.0   TEMPAT

  Kelas masing-masing dan di luar kelas.


7.0    PENGANJUR

    Panitia Matematik, SMK Tun Mutahir, Melaka

   
8.0    SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN

         PCG Matematik   ( Sila rujuk lampiran B )


9.0    INPUT

          Latih-tubi dengan mengamalkan Kaedah Belajar Berkumpulan.


10.0   JAWATANKUASA

          Sila rujuk lampiran C1 ,CII, D1 dan DII


11.0    JADUAL TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran E


12.0    PENILAIAN PROGRAM

·         Tugasan yang diberikan oleh guru (2 minggu sekali)
·         Ujian dan Peperiksaan
·         Kuiz
·         Lain-lain


13.0   PENUTUP

Dengan sokongan padu serta pelbagai kepakaran dan pengalaman guru-guru Matematik, program ini diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam setiap tahun.
           
Menerusi pelaksanaan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) ini juga Panitia Matematik dapat melahirkan seramai mungkin pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Semoga program ini juga  berjaya mencapai matlamat serta objektif visi dan misi sekolah.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
Sekolah Berdaya Saing Negeri Melaka
Menjelang 2015

MISI

Untuk memberikan pendidikan yang holistik melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan modal insan melalui budaya pemuafakatan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, PIPP dan berteraskan konsep 1 Malaysia.



LAMPIRAN A

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MATEMATIK PMR (2010) SPM (2009)


Peperiksaan

Peratus Lulus

PMR
88.6
SPM
MATEMATIK
77.1
SPM
MAT. TAMBAHAN
58.0


Q NET MATEMATIK PMR (2011) SPM (2010)

M/P
BIL CALON
%
LULUS
PANITIA
CEMERLANG
LULUS
HARAPAN

PMR: A
PMR: B,C,D
PMR: E

SPM: A1 – A2
SPM: 3B – 8E
SPM: 9G

BIL
%
BIL
%
BIL
%

PMR
320
94.0
90
28.0
211
66.0
19
6.0

SPM MM
281
91.0
96
34.0
160
57.0
25
9.0


SPM MT
115
86.0
32
28.0
67
58.0
16
14.0






LAMPIRAN C11

JAWATANKUASA PROGRAM KBK (KAWAN BANTU KAWAN) 2011


Pengerusi              :     Pn Mariah bt. Abd Rahman
                                    Ketua Bidang Sains dan Matematik
                                        SMK Tun Mutahir


Setiausaha          :       Pn Jamaliah binti Daud
                                    Ketua Panitia Matematik


Guru Pembimbing Mata pelajaran Matematik       
Tingkatan 1I               :             Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti
      1A             :              En khoo ah Seng       
                 1J               :              Cik Nur Mariamah Mohd Dasuki           
                   2I              :              Cik Ho Yin Mei
                  2A             :              En. Saiful Fadzli Mohamad
                  2J              :              Cik Ho Yin Mei
                  3I               :              En Anuar Lasim
                  3A             :              Tn Hj Zolkapkly bin Yunus
                  3J              :              Pn Hjh Rozita Mohd Saad
                  4SN          :              Pn Chin Chow Lin
                 4SSI          :              Pn Mariah Abd Rahman
                  4PA1        :              Pn Chin Kan Thai
                  5SN          :              Pn Chin Kan Thai
                  5SSI         :              Pn Chin Chow Lin
                  5PA1        :              Pn Mariah Abd Rahman  

Guru Pembimbing Mata pelajaran Matematik Tambahan
Tingkatan 4SN         :              Cik Nurul Ezzah binti Roslan
                  4SSI         :              Cik Nurul Ezzah binti Roslan
                  4PA1        :              Cik Nurul Ezzah binti roslan
                  5SN          :              Pn Jamaliah Daud
                  5SSI         :              Pn Jamaliah Daud
                  5PA1        :              Pn Jamaliah Daud
                


LAMPIRAN D 1



JAWATANKUASA PELAKSANA  PROGRAM KBK (KAWAN BANTU KAWAN) 2011

Bil
Nama
Jawatankuasa
Perincian Tugasan

1.

Pn Jamaliah binti Daud

Setiausaha

Menyediakan kertas kerja program setelah mesyuarat dijalankan
Merancangkan jadual pelaksanaan bersama pengerusi.


2.

Cik Noorazrina Ruhaida
En Khoo ah Seng
Cik Nur Mariamah Mohd Dasuki
Cik Ho Yin Mei
En Saiful Fadzli mohamad
En Anuar Lasim
Tn Hj Zolkaply Yunus
Pn Hjh Rozita Mohd Saad
Pn Chin Chow Lin
Pn Mariah Abd Rahman
Pn Chin Kan Thai
Cik Nurul Ezzah Roslan
Pn Jamaliah Daud



Guru Matematik tingkatan 1I,1A,1J,2I, 2A,2J,3I, 3A, 3J,4SN,4SSI, 4PA,5SN, 5SSI, 5PA
Guru Matematik Tambahan tingkatan 4 dan tingkatan 5

1.    Membincang pelaksanaan program.

2.    Menjalankan program seperti berikut :
Pelaksanaan 1

a)Guru mengenal pasti kumpulan pelajar cemerlang (12 orang), lulus dan harapan (mengikut enrolmen kelas).
b)Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan kecil.
c)Setiap kumpulan mengandungi 2 pelajar cemerlang, 4 orang pelajar lulus/harapan.
d)Setiap guru mata pelajaran adalah penasihat kepada pelajar.
e)Guru memberikan soalan sebagai pengkayaan kepada pelajar.
f)Setiap kumpulan boleh berkumpul/ berbincang dan menyerahkan setiap tugasan secara individu pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan kepada guru.
g)Guru memantau prestasi pelajar lulus /harapan

   



Lampiran D11



Bil
Nama
Jawatankuasa
Perincian Tugasan

2.

Cik Noorazrina Ruhaida
En Khoo ah Seng
Cik Nur Mariamah Mohd Dasuki
Cik Ho Yin Mei
En Saiful Fadzli mohamad
En Anuar Lasim
Tn Hj Zolkaply Yunus
Pn Hjh Rozita Mohd Saad
Pn Chin Chow Lin
Pn Mariah Abd Rahman
Pn Chin Kan Thai
Cik Nurul Ezzah Roslan
Pn Jamaliah Daud



Guru Matematik tingkatan 1I,1A,1J,2I, 2A,2J,3I, 3A, 3J,4SN,4SSI, 4PA,5SN, 5SSI, 5PA
Guru Matematik Tambahan tingkatan 4 dan tingkatan 5
Pelaksanaan  2

a)Pelajar cemerlang dalam setiap kumpulan adalah mentor kepada pelajar lulus/harapan dalam kumpulan masing-masing.
b)Pelajar lulus/harapan boleh bertanyakan soalan atau mana-mana latihan yang diberikan oleh guru kepada mentor masing-masing.
c)Setiap mentor boleh berjumpa guru mata pelajaran jika ada masalah matematik yang tidak boleh diselesaikan.
d)Setiap mentor dalam kumpulan cemerlang diminta melengkapkan borang pemantauan pelajar lulus/harapan.
(Sila rujuk lampiran F)
e)Guru mata pelajaran memantau pelajar dalam setiap kumpulan.
f)Pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan akan dirujuk kepada GKMP/ketua panitia untuk tindakan selanjutnya.
g)Guru mengadakan kelas pemulihan bagi pelajar harapan.




































































LAMPIRAN F
PEMANTAUAN PROGRAM KBK (KAWAN BANTU KAWAN).                                             
BULAN:………………………..
NAMAGURUMATAPELAJARAN:       
KELAS:……        ENROLMEN       :……..         NAMA KUMPULAN:  ............                 
NAMAMENTOR1                         :          
NAMAMENTOR2                         :          
NAMAMENTEE                            :                                   1……………………………………………………………………..
                                                                    2……………………………………………………………………..
                                                                    3……………………………………………………………………..
                                                                    4……………………………………………………………………..
BIL
MENTOR 1
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
MENTEE 1




















2
MENTEE 2




















3
MENTEE 3




















4
MENTEE 4





















TANDA TANGAN GURU MATA PELAJARAN





BIL
MENTOR 2
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
MENTEE 1




















2
MENTEE 2




















3
MENTEE 3




















4
MENTEE 4





















TANDA TANGAN GURU MATA PELAJARAN







-----------------------------------------------------------------------------------------

Monday, January 17, 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA TAHUN 2011



  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
          ‘Berusaha Hingga Berjaya’
            75350 BATU BERENDAM
          MELAKA
____________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL. 1 TAHUN 2011

                                               Tarikh         : 8 Januari 2011
                                               Hari             : Sabtu
                                               Masa            : 8.30 pagi
                                               Tempat        :  Makmal Komputer 1

Kehadiran  :

1.         Tn. Hj. Zolkaply b. Yunus                    - Pengetua
2.         Pn. Hjh Kamariah bte Othman             - GPK 1
3.         Pn. Mariah bt Abd Rahman                  - GKMP Sains & Matematik
4.         Pn. Jamaliah Bt Daud                           - Ketua Panitia Matematik
5.         Pn. Rozita Bt Mohd Saad
6.         Cik  Ho Yin Mei
7.         Pn. Siti Rokhana Bt Osman
8.         Pn. Chin Kan Thai
9.         Pn. Chin Chow Lin
10.       En. Anuar Bin Lasim
11.       En. Lee Hock Chan
12.       En. Lee Kok Kong
13.       Pn. Li Zhen Ying                                          
14.       En. Khoo Ah Seng
15.       En. Saiful Fadzli Bin Mohamad
16.       En. Zambri Bin Abu
17.       Pn. Pang Fuei Shee
18.       Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti
19.       Cik Nur Mariamah Mohd. Dazuki
20.       Cik Mahazawati Mat Husin
21.       Cik Nurul Ezzah Bt Roslan

AGENDA MESYUARAT
1.   Ucapan Aluan Ketua Panitia Matematik

1.1    Pn. Jamaliah Bt Daud mengalu-alukan kehadiran semua guru Matematik terutama kepada guru-guru matematik yang baru ke mesyuarat Panitia Matematik kali pertama bagi tahun 2011.
1.2       Beliau mengucapkan tahniah kepada Pn. Mariah bt Abd Rahman yang baru dinaikkan pangkat sebagai GKMP Sains Dan Matematik.
1.3       Beliau memperkenalkan guru baru dalam panatia matematik 2011 iaitu Cik Noor azrina Ruhaida Idyanti, Cik Mahazawati, Cik Nurul Ezzah dan Cik Nur Mariamah.
1.4       Beliau juga telah menerangkan tentang agenda mesyuarat pada hari ini.

2.    Ucapan GPK 1

2.1   Pn. Hjh Kamariah bte Othman, GPK 1, mengucapkan tahniah kepada Pn. Mariah bt Abd Rahman yang baru dinaikkan pangkat sebagai GKMP Sains Dan Matematik dan juga tahniah kepada Pn. Jamaliah Bt Daud yang dilantik sebagai Ketua Panitia Matematik yang baru.
2.2   Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru Tingkatan 3  tahun 2010 yang telah bertungkus lumus menghasilkan keputusan PMR 2010 yang baik.
2.3   Beliau juga meminta semua guru matematik bekerjasama dan membaiki kelemahan bersama-sama. Di samping itu, beliau juga meminta guru-guru tingkatan 4 bersedia untuk membantu guru-guru tingkatan 3 dan 5 untuk membuat kelas bimbingan.
Tindakan : Semua Guru dan Guru Matematik Ting. 4
2.4   Beliau juga memaklumkan ramai guru baru yang beropsyen matematik telah dihantar ke sekolah dan berharap guru-guru senior dapat membantu guru-guru baru yang kekurangan pengalaman untuk menangani pelajar-pelajar yang  bermasalah terutama pelajar-pelajar di kelas hujung yang sering menimbulkan masalah disiplin.                           Tindakan : Semua Guru

   Ucapan GKMP

      2.5  Pn. Mariah bt Abd Rahman telah mengucapkan tahniah kepada Pn. Jamaliah Bt  Daud yang telah dilantik sebagai Ketua Panitia Matematik yang baru. Beliau yakin Pn. Jamaliah dapat menjalankan tugas dengan baik.
      2.6  Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru Tingkatan 1,2,3 dan terutamanya kepada guru-guru Tingkatan 3 tahun 2010 kerana dapat mempertingkatkan keputusan PMR 2010.
               Tindakan : Guru Tingkatan 3

    2.7   Beliau juga berharap keputusan matematik pada masa yang akan datang akan lebih meningkat.
                                                                                               Tindakan : Makluman
2.8     Beliau juga berharap semua guru dapat bekerja dalam satu pasukan dan membantu pelajar serta menjadi pemangkin untuk menaikkan keputusan pelajar kerana kejayaan kita adalah datang daripada pelajar.
                                                                                           Tindakan : Semua Guru
2.9     Beliau berkata Panitia Matematik adalah antara panitia yang cemerlang dan berharap kita akan dapat anugerah inovasi panitia yang terbaik.
                                                                                           Tindakan : Makluman
2.10  Beliau juga berharap keputusan PMR dan SPM akan terus meningkat serta sesuai dengan visi sekolah yang baru iaitu ‘SMK TUN MUTAHIR SEKOLAH BERDAYA SAING NEGERI MELAKA MENJELANG 2015’.                       
                                                                                           Tindakan : Makluman        

3.  Pembentangan Minit Mesyuarat yang lepas

      Pn. Jamaliah menayangkan minit mesyuarat panitia yang lepas.

       3.1   Pencadang   :   En. Lee Kok Kong
       3.2   Penyokong  :   Pn. Siti Rokhana Bt Osman

4.   Bangkitan minit mesyuarat

4.1  Pn. Mariah menyatakan bahawa perkara 5.2 berkaitan dengan cadangan Pn. Siti Rokhana membeli papan putih bergrid untuk setiap kelas tidak dipersetujui oleh Tuan Pengetua kerana masa itu adalah akhir tahun dan sesi persekolahan sudah hampir tamat. Perkara ini akan dibincang semula dengan Tuan pengetua pada awal tahun ini.
                                                                                      Tindakan : Makluman

5.     Post Mortem keputusan PMR 2010

5.   Pn. Jamaliah menyatakan dalam post mortem keputusan PMR 2010, peratus pencapaian Matematik adalah meningkat jika berbanding dengan tahun 2009 dan Gred Purata juga menunjukkan peningkatan dari –0.01 kepada +0.24. Kehadiran pelajar ke sekolah untuk mengikuti kelas pembelajaran dan kelas  tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat penting dalam proses mencapai prestasi yang lebih baik.
                                                                                                  Tindakan : Semua Guru
5.2     Beliau juga mengatakan bahawa kualiti dan kuantiti telah meningkat. Pencapaian gred A telah dapat dinaikkan. Perbandingan 3 tahun berturut-turut iaitu dari 2008 hingga 2010, keputusan PMR adalah menunjukkan peningkatan yang baik. Begitu juga dengan keputusan PMR Pendidikan khas telah menunjukkan satu peningkatan yang menggalakkan dari tahun 2008 hingga 2010.
                                                                                                            Tindakan : Makluman

5.3     Pn Jamaliah berpendapat bahawa kualiti dan kuantiti meningkat kerana pelajar tingkatan 3 telah diberikan latihan berfokus topikal sebelum cuti pertengahan tahun untuk dilaksanakan setiap minggu. Selain itu, penggunaan buku Koleksi Peperiksaan Sebenar PMR dan juga koleksi Peperiksaan Percubaan sekolah-sekolah lain  juga dapat membantu pencapaian pelajar. Diharapkan pada tahun ini koleksi peperiksaan sebenar PMR dapat dibeli lagi.
                                                                        Tindakan : Makluman
5.4      Pn Jamaliah menunjukkan bahawa 3 kelas terbaik (3I, 3A dan 3J) telah kekal mendapat kelulusan 100% . Diharapkan pada tahun ini pencapaian 100% dapat dikekalkan di kelas-kelas tersebut.
                                                                       Tindakan : Guru Matematik 3I,3A dan 3J
5.5     Pn. Jamaliah memaparkan sasaran PMR 2010. Panitia telah mencapai 23.1%  daripada 23.9% yang disasarkan untuk Gred A. Manakala peratus kelulusan pelajar pula, panitia telah mencapai sebanyak 88.6% daripada 91.2% iaitu tidak  begitu jauh daripada yang disasarkan.
                           Tindakan : Makluman
5.6      Pn. Jamaliah juga memaparkan nama pelajar yang tidak mendapat straight ‘A’ kerana matematik (1 orang) dan nama pelajar yang gagal PMR kerana subjek Matematik adalah seramai 3 orang. Oleh itu guru Matematik kena pastikan pelajar-pelajar berpotensi cemerlang tidak gagal dalam Matematik untuk PMR tahun ini.
Tindakan : Makluman


6.    Perancangan Program Akademik 2011
      
       6.1 Antara perancangan program akademik 2011 :
                   6.1.1   PROGRAM BERSET 5SN/SSI/PA
              6.1.2   TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR DAN SPM
              6.1.3   LATIH TUBI KOLEKSI PEPERIKSAAN PMR/SPM DAN PERCUBAAN T. 3 DAN T.5
  6.1.4      MENYEDIAKAN MODUL MATEMATIK
  6.1.5      KELAS TAMBAHAN T.3 DAN T.5
  6.1.6      PROGRAM TOPIK BERFOKUS
 6.1.7      LATIHAN SEMASA CUTI
6.1.8      KERJA KURSUS MATEMATIK TAMBAHAN T5
6.1.9      MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
Tindakan : Makluman

6.2      Pn. Jamaliah memaklumkan bahawa semua guru matematik adalah digalakkan menyediakan modul dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.                                           
                                                                                                         Tindakan : Makluman
          6.3   Beliau juga memaklumkan kepada guru Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bahawa    kelas tambahan bagi Tingkatan 3 dan 5 boleh bermula dengan lebih awal walaupun kelas tambahan sekolah akan bermula bermungkinan pada bulan Mac. Beliau juga meminta guru-guru menyediakan kerja masa cuti lebih awal.
                                Tindakan : Guru Tingkatan 3 dan 5
       6.4    Pn. Jamaliah juga memaklumkan bahawa Minggu Sains dan Matematik akan berlangsung pada 28/2 hingga 4/3 pada tahun ini. Justeru, programnya akan dibincangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang.
Tindakan : Makluman

7.    Sasaran Kerja Tahunan Panitia Matematik

7.1      Rancangan tahunan dan sukatan perlu disiapkan lebih awal. Guru perlu merujuk bilangan minggu, tarikh dan peperiksaan hendaklah mengikut takwim sekolah. Ianya hendaklah diserahkan satu salinan untuk difailkan oleh ketua panitia.
  Tindakan : Makluman

    7.1.1    Senarai pembuat Rancangan Tahunan dan juga Penyelaras Matematik
                             mengikut Tingkatan :

1
En. Khoo Ah Seng
2
En. Saiful Fadzli Bin Mohamad
3
Pn. Rozita Bt Mohd Saad
4
Pn. Lee Hock Chan
5
Pn. Chin Chow Lin
4 (MT)
Cik Nurul Ezzah Bt Roslan
 5 (MT)
Pn. Jamaliah  Daud
Penyelaras BBM
Pn. Chin Chow Lin
Tindakan : Makluman
7.2      Buku rekod hendaklah dibuat mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Semua guru mestilah menulis impak selepas proses pengajaran dan pembelajaran berakhir.
       Tindakan : Makluman

7.3       QNet
      7.3.1      TOV: TING 3 – MARKAH PEP AKHIR TAHUN TING 2
                               TING 5 – MARKAH PEP AKHIR TAHUN TING 4
                               TING 2 – MARKAH PEP AKHIR TAHUN TING 1
                               TING 1 – MARKAH UJIAN 1
                               TING 4 – MARKAH UJIAN 1
      7.3.2     TARGET: CEMERLANG (C)/LULUS(L)  > 80 (PMR) dan >70 (SPM)     
                                      LULUS(L)/HARAPAN (H) < 40
  
      7.3.3     TARGET PANITIA :  TING 3 - PN. ROZITA BT MOHD SAAD
TING 5 - PN. CHIN CHOW LIN 

TARGET : TING 1, 2,& 4    -  GURU  MATA PELAJARAN.
                                                                                                                     Tindakan : Makluman
  
  7.4    Buku latihan
7.4.1  Sediakan 4 buah buku latihan dan labelkan. Guru perlu mengingatkan  pelajar supaya menulis indeks. Buku latihan hendaklah diperiksa tidak lewat 7 hari apabila dikumpulkan. Setiap kesalahan mesti dibuat pembetulan dan guru mestilah dapat memberikan ulasan yang membina sebagai pengukuhan yang positif kepada pelajar.
 7.4.2     Bilangan latihan diberi mengikut tahap pencapaian pelajar.
        7.4.3  Pn. Siti Rokhana Bt Osman mencadangkan  buku nota digabungkan  dengan buku latihan terutama untuk kelas yang lemah. Pn. Jamaliah mengatakan perkara ini terpulang kepada guru yang mengajar mengikut kesesuaian kelas.
Tindakan : Guru Matematik
     7.5    Pemantauan akan dilakukan oleh pihak pentadbir cuma tarikh belum ditetapkan lagi.  Semua guru  perlu bersedia dengan buku rekod yang lengkap sebelum P&P.
                                                                                                                    Tindakan : Pihak Pentadbir
     7.6    Jadual waktu peperiksaan telah dibuat dan peperiksaan untuk tingkatan 3 dan 5
              adalah diselaraskan dengan JPN. Ujian dan peperiksaan hendaklah mengikut
              format peperiksaan PMR dan SPM.  Perlu diserahkan kepada penyelaras
              Matematik setiap tingkatan, satu set soalan, skema jawapan dan JSU untuk
              difailkan.
Tindakan : Makluman
7.7   Pn. Jamaliah juga memaparkan jenis BBM  yang baru dibeli pada tahun2010, iaitu Transformation set, Plane & Elevation, Lines & Planes in 3-D, Set of Solid Geometry , dan koleksi PMR/SPM untuk rujukan guru pada masa akan datang. 
                                                                                                Tindakan : Makluman

8.   Belanjawan Panitia
    
8.1    BAKI: MM - RM   2635.54
                    MT  - RM     903.50

8.2     Pn Mariah mencadangkan agar baki tersebut digunakan untuk aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang akan berlangsung pada 28/2/2011.
      Tindakan : Makluman
8.3   Pn. Jamaliah memaklumkan bahawa duit  tersebut digunakan untuk  pembelian alatan matematik, fotostat modul, beli marker, refill dan sebagainya. Terdapat beberapa orang guru meminta panitia menyediakan kertas untuk kemudahan fotostat. Pn. Mariah memaklumkan bahawa kertas telah dibeli oleh panitia.
       Tindakan : Makluman
    8.4   Pn. Jamaliah menyatakan bahawa peruntukan panitia tahun 2011 akan  diagihkan mengikut tingkatan.
       Tindakan : Makluman
9.   Program Inovasi Panitia Matematik 2011

      9.1   Pn. Jamaliah membentangkan program inovasi Panitia Matematik bertujuan untuk menambah usaha bagi melonjak prestasi sekolah.
    9.2 Beliau juga membentangkan definisi inovasi dan anugerah inovasi 2011 di mana setiap guru digalakkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya  satu program inovasi yang meliputi 3 perkara iaitu sebelum inovasi, selepas inovasi dan impak (faedah), terutama kelas-kelas hujung agar dapat menarik minat pelajar seperti membuat kajian tindakan.
   9.3 Beliau juga memaparkan matlamat inovasi, kepentingan inovasi, dan contoh inovasi seperti penggunaan teknologi dalam  P&P, PPSMI, komunikasi secara teknologi, dan sebagainya.
    9.4 Selain itu, beliau juga membentangkan program inovasi Panitia Matematik 2011 iaitu Program Transisi Minda (Program Berset), Program Transformasi Kendiri (Program Topik Berfokus), dan Program KBK (Kawan Bantu Kawan).
     9.5   Pn. Jamaliah menerangkan dua program lama diberi inovasi baru dan akan dibuat penambahbaikan. Secara rasional program inovasi baru iaitu Program KBK diperkenalkan kerana pelajar yang lemah matematik adalah kerana kekurangan latihan. Justeru, guru perlu mengenalpasti kumpulan murid. Setiap kumpulan mesti ada ketua dan pembantu utnuk meningkatkan keputusan lulus dari segi kualiti dan kuantiti. Guru perlu membuat penilaian 2 minggu sekali dengan memberi tugasan kepada pelajar. Guru juga boleh menilai pelajar melalui kuiz, ujian dan peperiksaan. Sekiranya prestasi pelajar tidak meningkat, guru perlu membantu pelajar dengan membuat kelas pemulihan .
      9.6   Jika pelajar dalam kumpulan lulus/harapan masih tidak menunjukkan kemajuan, guru boleh merujuk pelajar tersebut untuk tindakan GKMP/ Ketua Panitia.
     9.7    Sebagai rumusan, semua guru digalakkan memikirkan sekurang-kurangnya satu program inovasi untuk melonjakkan prestasi PMR/SPM 2011.
                                                                                                                          Tindakan : Makluman

10.   Hal-hal lain
10.1  Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya e-   mail surat panggilan mesyuarat kepadanya.
                                   Tindakan : Guru berkenaan
10.2       Beliau juga memuji pembentangan minit mesyuarat yang telah dilaksanakan melalu LCD kerana kita perlu menuju ke arah inovasi. Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai lagi guru menggunakan LCD dalam P&P agar lebih menjimatkan masa dan P&P dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Guru juga perlu memikirkan pelbagai cara untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah.
                                       Tindakan : Semua Guru
    10.3 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada Panitia Matematik kerana telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti dalam PMR 2010. Tahniah juga ditujukan kepada guru-guru yang mengajar matematik tingkatan 3. Beliau berharap keputusan PMR dapat dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang. Soalan tahun-tahun lepas harus diberikan untuk latihan latih tubi, manakala untuk kelas hujung kemungkinan boleh menggunakan cara lain yang lebih efektif. Panitia harus menyediakan set soalan tersebut.
                               Tindakan : Panitia & Guru Matematik T3 
  10.4   Beliau menyarankan latihan tanpa menyalin nota untuk menjimatkan masa perlu dipraktikkan. Guru perlu memikirkan pelbagai cara untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah. Guru-guru tidak dibenarkan duduk semasa mengajar atau hanya menyalin nota sahaja.   
                                                                                                                    Tindakan : Makluman                                                          
   10.5  Tuan Pengetua juga memaklumkan bahawa hadiah akan diberikan kepada panitia  yang menunjukkan peningkatan keputusan mata pelajaran dalam PMR sekiranya 3 kali/tahun berturut-turut.
                                                                                                                    Tindakan : Makluman
       10.6    Tuan Pengetua menggalakkan penggunaan makmal komputer untuk P&P.
             Beliau juga menggalakkan penggunaan P&P melalui internet . Guru mesti memastikan disiplin pelajar ketika menggunakan makmal komputer. Pn. Chin Kan Thai diminta menyediakan jadual penggunaan makmal.
                                                                                                                          Tindakan : Makluman
      10.7  Pn. Jamaliah mengucapkan terima kasih di atas nasihat dan cadangan Tuan Pengetua dan berharap keputusan PMR/SPM 2011 dapat dilonjakkan lagi. Setiap guru matematik perlu memikirkan sekurang-kurangnya satu program inovasi untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
                                                                                                                          Tindakan : Makluman
10.8   Pn. Mariah mencadangkan agar guru-guru boleh fokuskan kepada topik-topik tertentu untuk kelas yang lemah.
                                                                                                                   Tindakan : Makluman
10.9  Pn. Hjh Kamariah mengingatkan sekali lagi bahawa guru-guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan boleh juga terlibat dalam kelas bimbingan.
                                                                                                                   Tindakan : Makluman
10.10 Tuan Pengetua menyatakan bahawa hal-hal kewangan dan belanjawan     hendaklah dibincangkan dengan terperinci. Duit lebihan ini hendaklah digunakan dalam bulan Januari ini sebelum peruntukan 2011 diterima. Beliau juga meminta agar setiap tingkatan mesti ada   satu program.
                                                                                                 Tindakan : Penyelaras Tingkatan
10.11   Beliau menyarankan boleh menggunakan baki 2010 untuk membeli BBM yang perlu seperti ko-akademik (permainan susun nombor) boleh digunakan untuk Tingkatan 1. Selain itu, panitia juga boleh menggunakan duit lebihan tersebut untuk aktiviti kemahiran berfikir seperti permainan matematik, ‘world puzzle’ dan lain-lain lagi yang sesuai untuk semua tahap pelajar. 
                                                                                                                    Tindakan : Makluman
10.12  Beliau juga memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM4800 untuk program kecemerlangan telah dapat dan akan diagihkan kepada setiap subjek. Beliau juga memaklumkan bahawa Minggu Sains dan Matematik akan menggunakan peruntukan kewangan 2011 dan bukan baki 2010.
                                                                                                                    Tindakan : Makluman

10.13   Selain  itu, beliau juga mencadangkan peruntukan kewangan 2011 juga boleh digunakan untuk membuat modul seperti perancangan ICT, kursus LDP, membuat modul untuk kelas lemah.
                                                                                                                    Tindakan : Makluman
10.14 Beliau juga memaklumkan LDP yang akan bermula pada bulan Mac akan berbentuk pembentangan program inovasi daripada guru-guru melalui LCD agar dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan. Beliau juga memberitahu bahawa kita perlu memperelokkan kemudahan internet supaya boleh dimanfaatkan dalam P&P.

10.15  Pn Jamaliah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat kali ini. Beliau memaklumkan bahawa panitia matematik akan membuat blog panitia bagi tujuan inovasi. beliau berharap agar pada tahun ini panitia matematik dapat berjalan dengan lancar di atas kerja sama dan komitmen dari semua guru.
         Tindakan : Makluman                                                                             
         
Pn. Jamaliah Bt Daud  menangguhkan mesyuarat pada  jam 10.10 pagi.
Disediakan oleh :  PANG FUEI SHEE
Tarikh  :   11 Januari 2011

----------------------------------------------------------------------


Saturday, January 15, 2011


MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 8 Januari 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer

AGENDA MESYUARAT
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pengetua/GPK1/GKMP
  3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  4. Bangkitan Minit
  5. Post Mortem Keputusan PMR
  6. Perancangan Program Akademik 2011
  7. Sasaran Kerja Panitia Matematik
  8. Belanjawan Panitia Matematik
  9. Program Inovasi Panitia Matematik 2011
  10. Hal-hal lain