• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Wednesday, May 18, 2011

ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

'ANUGERAH KEPIMPINAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011 DAN ANUGERAH PENGETUA CEMERLANG'







Panitia Matematik SMK Tun Mutahir mengucapkan 'Syabas dan Tahniah' kepada Tn. Pengetua, Hj. Zolkaply Bin Yunus kerana mendapat Tempat Ke-3 dalam Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 serta Anugerah Pengetua Cemerlang.  Semoga SMK Tun Mutahir mencapai Visi ICT iaitu SMK TUN MUTAHIR MENJADI SEKOLAH BERDAYA SAING DALAM BIDANG ICT MENJELANG 2012 di bawah kepimpinan beliau. Amin.