• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Sunday, July 31, 2011

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA SMK TUN MUTAHIR

Panitia Matematik mengucapkan 'Selamat Bertukar' kepada Tn Hj Zolkaply Bin Yunus ke SMK Iskandar Shah, Jasin dan 'Selamat Datang' kepada Tn Hj Husin Bin Sirun iaitu pengetua baru SMK Tun Mutahir. Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala nasihat , ilmu dan idea yang telah diberikan kepada panitia matematik sepanjang beliau menjadi guru matematik kelas 3J(2010) , 3A(2011) . Terima Kasih dan semoga Tn Pengetua sentiasa berjaya pada masa hadapan.

Gambar sekitar Majlis Perpisahan Tn Pengetua bersama guru dan pelajar SMK Tun Mutahir pada 29 Julai 2011 jam 7.30 pagi di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.


Tn Pengetua bersama barisan pentadbir, naib pengerusi PIBG semasa diarak masuk ke tapak perhimpunan pagi.

Tn Pengetua dikelilingi oleh barisan pengawas sekolah menuju ke tapak perhimpunan.

Tn Pengetua bersama semua barisan pentadbir, naib pengerusi PIBG dan semua guru.

 Pn Hjh Kamariah bt Othman iaitu GPK 1 SMK Tun Mutahir sedang menyampaikan ucapan.

 Tn Pengetua sedang menyampaikan ucapan perpisahan dan amanat terakhir kepada semua guru dan pelajar.

 En Mohd Noor sedang mendeklamasikan sajak khas buat mantan pengetua SMK Tun Mutahir.

 Persembahan lagu "Sayonara (Salam Perpisahan)"oleh guru SMK Tun Mutahir.

En Salleh Abdul Wahid mewakili Panitia Sains dan Panitia Matematik sedang menyampaikan hadiah kepada Tn Pengetua sebagai kenang-kenangan.

"Sayonara (Salam Perpisahan)
Dulu sama di sini
menabur bakti
saling menghargai
antara hati...
Kini tinggallah kami
merindu lagi
kau melangkah pergi
membawa diri...
Sayonara...sayonara...
berjumpa berpisah lumrah dunia
Sayonara...sayonara...
semoga kita kan jumpa pula.
(ulang semua)

Friday, July 22, 2011

UJIAN BERKALA 2 TAHUN 2011

Ujian Berkala 2 bagi tingkatan 1, 2, 4 dan 5 akan diadakan mulai 25 Julai 2011 hingga 28 Julai 2011. Panitia Matematik mengucapkan selamat menempuh  ujian berkala 2 kepada semua pelajar SMK Tun Mutahir bagi Ting. 1, 2, 4 dan 5 dan semoga meraih keputusan yang lebih cemerlang khasnya dalam subjek matematik dan matematik tambahan.


UJIAN BERKALA 2 TAHUN 2011 BAGI SUBJEK MATEMATIK/MATEMATIK TAMBAHAN
25 JULAI 2011  hingga  28 JULAI 2011

TING
TARIKH
MATA PELAJARAN
MASA
PEMBUAT SOALAN
1
27/07/2011
(RABU)
MATEMATIK K1
MATEMATIK K2
4.00 - 5.00 pm
5.25 - 6.25pm
PN SITI ROKHANA OSMAN
PN PANG FUEI SHEE
2
27/07/2011
(RABU)
MATEMATIK K1
MATEMATIK K2
4.00 - 5.00 pm
5.25- 6.25pm
EN SAIFUL FADZLI MOHD
CIK HO YIN MEI
4
25/07/2011
(ISNIN)
MATEMATIK
11.00 - 12.00am
PN CHIN CHOW LIN
26/07/2011
(SELASA)
MATEMATIK TAMBAHAN
12.10- 1.10pm
CIK NURUL EZZAH ROSLAN
5
25/07/2011
(ISNIN)
MATEMATIK
11.00 - 12.00am
PN MARIAH ABD RAHMAN
26/07/2011
(SELASA)
MATEMATIK TAMBAHAN
12.10 - 1.10pm
PN JAMALIAH DAUD

Wednesday, July 20, 2011

BENGKEL MATEMATIK SPM TAHUN 2011

Bengkel Matematik SPM bagi KUMPULAN GALUS akan diadakan pada hari khamis bersamaan 21 Julai 2011 jam 12.30 hingga 2.30 petang bertempat di Dewan Mutahir. Kumpulan pelajar yang terlibat ialah dari kelas 5PA2, 5SS dan 5K1. Semua guru matematik tingkatan 4 dan 5 diminta bersama-sama pelajar di Dewan jika tiada kelas pada waktu tersebut.

Monday, July 11, 2011

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2011

Peringatan kepada semua pelajar tingkatan 5SN, 5SSI dan 5PA1.
Semua pelajar diminta menghantar Kerja Projek Matematik Tambahan 2011 selewat-lewatnya pada hari khamis bersamaan 14 Julai 2011. Sila lengkapkan maklumat berikut pada muka hadapan kerja projek anda.
1.NAME
2.I/C
3.INDEX NUMBER
4.CLASS
5.TOPIC
6.PROJECT WORK NO : .....
7.TEACHER'S NAME
Sekian dan Harap Maklum.

Wednesday, July 6, 2011

BENGKEL MATEMATIK PMR TAHUN 2011

Bengkel Matematik PMR akan diadakan pada hari khamis bersamaan 7 Julai 2011.
Kelas terlibat : 3I, 3A, 3J
Tempat : Dewan Mutahir
Masa: 12.30 - 2.30 petang

Friday, July 1, 2011

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG MATEMATIK PMR/SPM (PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2011)

Panitia Matematik telah menganugerahkan hadiah baucar dan buku matematik kepada pelajar cemerlang matematik PMR dan pelajar cemerlang matematik / matematik tambahan SPM yang telah mencapai keputusan cemerlang dan pelajar yang telah menunjukkan peningkatan markah di dalam peperiksaan setengah tahun 2011. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Kanan Sains dan Matematik , Pn. Mariah Abd. Rahman dan GPK Ko-Kurikulum , En Muhd Radhi b Masah semasa perhimpunan pagi hari Jumaat bersamaan 1 Julai 2011. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan semoga menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk lebih menunjukkan kecemerlangan didalam setiap ujian dan peperiksaan pada masa akan datang.




Guru Kanan Sains dan Matematik, Pn. Mariah Abd. Rahman sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang matematik dan matematik tambahan PMR/SPM di dalam peperiksaan setengah tahun 2011.



GPK Ko-Kurikulum sedang menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah menunjukkan peningkatan markah matematik dan matematik tambahan di dalam peperiksaan setengah tahun 2011semasa perhimpunan pagi di tapak perhimpunan.