Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Saturday, February 16, 2013

KENALI MATEMATIK


KENALI MATEMATIK
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiticorak, strukturperubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.  Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

TOKOH-TOKOH MATEMATIK
Rene’ Descartes (1596-1650)
                                                       
Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika panjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Archimedes 287 – 212 sm

Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi . Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid.  Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Pencapaian beliau yang terkenal ialah
Hukum Hidrostatik Archimedes
Mencipta Takal
Skru Archimedes
Menemui pi Π

Sir Isaac Newton (1642-1727)

Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.  Pencapaian:
Hukum Newton, Teorem binomial

John Venn (1834-1923)

John Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set.

Johann Carl Friedrich Gauss

Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat. Beliau  menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101.  Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematik dan astronomi. Antara pencapaiannya ialah :
Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdana,  Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.

Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km

Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.  Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual kotangen.

Al-Khawarizmi (780 - 850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.  Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.  Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

  
Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.  Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.  Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.  Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.  Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.  Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.  Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.  Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.  Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
  
Al Khazin (900-971)

ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.  Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi.

Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.” Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.  Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.  Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.  Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z

Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.
Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi.
Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi

 Tahukah anda ramai lagi pakar-pakar matematik terkenal yang belum dan ingin anda ketahui?  Salah satu cara untuk meminati matematik ialah dengan mengenali  tokoh-tokoh tersohor yang telah mencipta nama dalam pelbagai bidang. Pakar matematik sentiasa mencipta idea baru yang kreatif dan kritis untuk digunakan dalam kehidupan. Sesungguhnya matematik itu indah dan anda sendiri yang perlu menghayati dan menikmati keindahannya...... 

Selamat Mencintai Matematik.....


Wednesday, February 6, 2013

PENGGUBAL UJIAN/PEPERIKSAAN 2013


SMK TUN MUTAHIR
PANITIA MATEMATIK

PENGGUBAL UJIAN/PEPERIKSAAN 2013

UJIAN/
PEPERIKSAAN
TING. 3
TING. 4
TING. 5
TING. 4
M.TAM
TING. 5
M.TAM
UJIAN
BERKALA 1
(4/3-8/3/2013)
P1:RMS
P2:PFS

AL

LHC

NER

JD
PEP TENGAH
TAHUN
(6/5-17/5/2013)
P1:LZY
P2:RMS

P1:LHC
P2:AL
P1:CKT
P2:MAR


LKK
P1: NER
P2:JD

UJIAN
BERKALA 2
(29/7-2/8/2013)

-

LHC

MAR

NER

JD
PERCUBAAN
PMR & SPM
PMR:(29/7-2/8/2013)
SPM  :(2/9-13/9/2013)
P1: HYM
P2 :LZY

-
P1:LKK
P2:CKT


-
PI: JD
P2:NER
PEP AKHIR
TAHUN
(21/10-31/10/2013)

-
P1:AL
P2:CCL

-
P1:LKK
P2:NER


-

PEPERIKSAAN PMR

2 OKTOBER 2013 (RABU) -8 OKTOBER 2013 (SELASA)

PEPERIKSAAN SPM

MULAI 11 NOVEMBER 2013 (ISNIN)



SENARAI GURU MATEMATIK DAN KELAS YANG DIAJAR 2013

1I - ZA
2I - HYM
3I - LZY
4SN1 - CCL
5SN1 - CKT
1A - NRI
2A - RMS
3A HYM
4SN2- MAR
5SN2- CCL
1J - KAS
2J - NMD
3J - AL
4PA1 - JD
5PA1 -MAR
1C - ZA
2C - LZY
3C - RMS
4PA2 – NER
5PA2 - HKO
1R - KAS
2R - SFM
3R - RMS
4SS - AL
5SS - LKK
1V - NRI
2V - HYM
3V - AL
4K1 - NER
5K1 - MAR
1B - KAS
2B - NMD
3B - LZY
4K2 - CCL
5K2 - HKO
1D - NRI
2D - LZY
3D - HYM
4K3- JD
5K3 - CKT
1H - ZA
2H - RMS
3K - PFS
4PD- AL
5PD - LKK
1K - PFS
2K - LHC

4K - LHC
5K -  LHC



SENARAI GURU MATEMATIK TAMBAHAN DAN KELAS YANG DIAJAR 2013

4SN1- LKK
5SN1 - NER
4SN2- NER
5SN2 - JD
4PA1- JD
5PA1-  JD
4PA2 - LKK
5PA2 - NER