• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Wednesday, January 16, 2013

'IN-HOUSE TRAINING' TAKLIMAT 'HOTS' DALAM SAINS DAN MATEMATIK

'IN-HOUSE TRAINING' TAKLIMAT PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (HOTS) DALAM SAINS DAN MATEMATIK


'In-house Training' Taklimat Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam Sains dan Matematik telah dijalankan pada hari Rabu bersamaan 16 Januari 2013 mulai jam 1.45 petang bertempat di makmal sains 1. Taklimat telah disampaikan oleh En Asmadi bin Saringat (Sains) ,  En Saiful Fadzli bin Mohamad (Matematik) dan dibantu oleh En Ab Kadir bin Idris. Turut hadir ialah GKMP Sains dan Matematik, Pn Mariah bt Abd Rahman.

Diantara topik yang disampaikan ialah Kajian TIMSS dan PISA Status Pencapaian Malaysia. Pelaksanaan HOT's telah disampaikan mengikut panitia matematik dan panitia sains. Diantara pelaksanaan HOT's ialah guru perlu merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut murid berfikir, berlatih berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain. Pelbagai aras dalam memberi respons kepada persoalan murid turut dibincangkan.

 En Asmadi sedang menyampaikan taklimat "HOT's' dengan dibantu oleh En Saiful Fadzli dan En Ab Kadir.

 Diantara 'slide' yang ditunjukkan semasa taklimat "HOT's'


Guru-guru Sains dan Matematik sedang mendengar taklimat 'HOT's'

No comments:

Post a Comment