Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Friday, April 15, 2011

LAPORAN MINGGU SAINS & MATEMATIK 2011

Panitia Matematik & Panitia Sains SMK Tun Mutahir telah menganjurkan Minggu Sains & Matematik pada 11 April hingga 14 April 2011. Pelbagai program telah diadakan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains & matematik selaras dengan tema " Sains & Matematik Berkesan dan Cemerlang Ke Arah Menjana Inovasi Dalam Pendidikan". Matlamat utama program melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berkesan dan cemerlang ke arah menjana inovasi dalam pendidikan menjelang 2015.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena Minggu Sains dan Matematik ialah:

Isnin - 11 April 2011



 Semua barisan pentadbir, guru mengambil tempat untuk acara perhimpunan rasmi.

 Semua pelajar berhimpun untuk acara perhimpunan rasmi sekolah.

 Ucapan Pengetua oleh Tn.Hj Zolkaply Bin Yunus

GKMP Sains & Matematik, Pn. Mariah mengiringi Tn. Pengetua, Hj. Zolkaply B Yunus untuk acara Gimik Pelancaran Minggu Sains & Matematik 2011.

Tn. Pengetua memulakan acara gimik pelancaran minggu sains & matematik 2011.

Acara Gimik Pelancaran Minggu Sains & Matematik 2011.

Acara Gimik Pelancaran selesai dengan memaparkan banting minggu sains & matematik yang bertemakan "Sains Dan Matematik Berkesan Dan Cemerlang Ke Arah Menjana Inovasi Dalam Pendidikan"

Pelajar membaca Ikrar Anti Dadah sempena Program Anti Dadah dan Kempen Ponteng Sifar anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Persembahan Sketsa Kempen Ponteng Sifar .

Persembahan puisi sains oleh adik Mohammad Azid Hidayat B Abdullah dari kelas 3C.

Persembahan puisi matematik bertajuk "Pujaanku Matematik" oleh adik Siti Nor Fateha Binti Abu Bakar dari kelas 5SSI.

Pertandingan Puisi Sains & Matematik telah dijalankan di perpustakaan mulai jam 1.45 petang dengan dihakimi oleh guru bertugas Pn. Nor Haslinda dan Cik Mahazawati.

Pelajar yang bertanding dalam Pertandingan Puisi Sains & Matematik sedang mendeklamasikan puisi masing-masing.

Selasa - 12 April 2011


Program Spell It Right telah dijalankan pada waktu perhimpunan pagi dan sesi petang.

Pelajar yang memenangi Program Spell It Right telah menerima hadiah daripada Pn. Shariffa Gayah.

Rabu - 13 April 2011


Begitu bersemangat sekali Pn Shariffa Gayah dan Pn Noliah mengendalikan Program Spell It Right pada perhimpunan pagi.

Pameran Sains telah dijalankan pada hari ketiga Minggu Sains & Matematik mulai jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang di makmal sains 1.

Diantara pameran sains yang telah dipamerkan pada minggu sains & matematik.

Cikgu Abd. Kadir Idris sedang menerangkan sesuatu kepada pelajar mengenai bahan ujikaji.

Cikgu Noliah Abu Bakar bersama pelajar menunjukkan buah limau yang boleh mengalirkan arus elektrik semasa pameran minggu sains & matematik.

Diantara bahan pameran sains yang telah dipamerkan iaitu tikus yang telah diawetkan.

Tn. Pengetua sedang membincangkan sesuatu dengan guru dan pelajar semasa sesi lawatan ke pameran sains di makmal sains 1.

Permainan Matematik dan Pertandingan Blog Panitia Matematik & Panitia Sains telah dijalankan di makmal sains 2.

Tn. Pengetua bersama pelajar semasa sesi lawatan ke pameran sains & permainan matematik.

Pn. Chin Chow Lin bersama pelajar yang bertugas dalam permainan matematik sempena dengan minggu sains & matematik 2011.

Pn. Mariah Abd. Rahman dan Pn. Chin Chow Lin semasa bersama pelajar di pameran sains & permainan matematik.

Begitu berminat sekali sekumpulan pelajar sesi petang menyaksikan pameran sains bersama guru.

Cikgu Anuar Lasim sedang mengendalikan pertandingan Pintar Sudoku yang telah dijalankan di perpustakaan mulai jam 1.30 petang.

Sambutan amat menggalakkan dalam pertandingan Pintar Sudoku dengan disertai hampir 50 orang pelajar sesi pagi dan 50 orang pelajar sesi petang.

Pn. Jamaliah Daud sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Pintar Sudoku selepas acara pertandingan tamat.

Khamis - 14 April 2011


Tn. Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Puisi Sains & Matematik 2011 iaitu adik Siti Nor Fateha Bt Abu Bakar dengan ciptaan beliau "Pujaanku Matematik".

Naib Johan Pertandingan Puisi Sains iaitu adik Mohamad Zarifuddin B Zainuddin dan Tempat Ketiga iaitu adik Mohamad Azid Hidayat B Abdullah sedang menerima hadiah daripada Tn. Pengetua.

Pn. Mariah Abd Rahman sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kuiz Melalui Blog.

Johan pertandingan membina blog sains dan matematik iaitu Kumpulan Adik Teo Yi Wen, Chong Pik Wei dan Goh Sock Beng sedang menerima hadiah dari Tn. Pengetua.

Naib Johan iaitu adik Zulaika dan Tempat Ketiga iaitu adik Charlotte sedang menerima hadiah dari Tn. Pengetua.

Pemenang tempat keempat dan kelima pertandingan membina blog sains dan matematik iaitu adik Tan Kim Guan dan adik Mohd Shafiq.

Dari kiri: Adik Mohammad Azid Hidayat B Abdullah (tempat ketiga), Adik Siti Nor Fateha Bt Abu Bakar (johan) dan Adik Mohamad Zarifuddin B Zainuddin(naib johan) bergambar kenangan setelah berjaya memenangi pertandingan Puisi Sains dan Matematik 2011 sempena Minggu Sains dan 
 Matematik 2011.


KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN AKTIVITI MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011

Pemenang Pertandingan Kuiz Melalui Blog
KATEGORI
PERINGKAT
KED.
NAMA
TING
MENENGAH RENDAH
SESI PETANG
1
TEE ZEE MEI
2I
2
MARIA LIDWANA
2I
3
SEOW MEI KEE
2A
SESI PAGI (PENDIDIKAN KHAS)
1
WONG SUEI JIUN
4KAV
2
LOW SIAU TIEN
2KB
MENENGAH ATAS
SESI PAGI
1
LIM SI QI
5PA1
2
CHIEN SHIN YEE
5PA1
3
JACQUALIN TEE YEN SHING
5PA2



Pemenang Pertandingan Puisi Sains dan Matematik 2011
KEDUDUKAN
NAMA
TING
JOHAN
SITI NOR FATEHA BINTI ABU BAKAR
5SSI
NAIB JOHAN
MOHAMAD ZARIFUDDIN B ZAINUDDIN
5SN
KETIGA
MOHAMMAD AZID HIDAYAT B ABDULLAH
3C
KEEMPAT
EMA MARLYNA BINTI SYAIFUL
5SN
SAGUHATI
KAM SIEW HUEY
5SN
SAGUHATI
LEE CHAI EN
5SN

Pemenang Pertandingan Membina Blog Sains dan Matematik
KEDUDUKAN
KUMPULAN
NAMA BLOG
JOHAN
TEO YI WEN, CHONG PIK WEI, GOH SOCK BENG
http://www.smktmu5sn11.blogspot.com/
NAIB JOHAN
ZULAIKHA
http://www.budakpintar-zulaikha.blogspot.com/?zx=6bbb69f9314b2575
KETIGA
CHARLOTTE
http://sotong-baobei.blogspot.com/p/form-4-physics.html
KEEMPAT
TAN KIM GUAN
http://tunmutahir94.blogspot.com/
KELIMA
MOHD. SHAFIQ
http://www.mathematicandscience.blogspot.com/


Panitia Matematik dan Panitia Sains mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Tun Mutahir, GKMP Sains dan Matematik, Semua Barisan Pentadbir, Semua Guru Sains & Matematik, Semua Kaunselor, Semua Guru , Semua Staf Sokongan, Semua Pelajar dan Semua Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam Minggu Sains dan Matematik 2011. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan akan meningkatkan lagi minat pelajar terhadap sains dan matematik bagi merintis lebih banyak ciptaan, penemuan baharu dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu sains dan teknologi ke arah melahirkan pelajar yang berinovasi , kreatif dan kritis dalam pendidikan menjelang 2015.

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment