• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Monday, October 17, 2011

SPM MATHEMATICS TIPS

SPM Mathematics Tips
(Sumber sites.google.com/a/jom belajar)

SPM Mathematics
In SPM, mathematics is considered as compulsory subject. You must pass this subject in order to get the certificates along with Malay language. Malay language test takes a lot of time and your hand hurts like hell after writing so many words. It’s not simple either. However, the percentage of students fail in Mathematics is higher than Malay Language in real SPM, which is ridiculous. It is told that Mathematics is quite ‘difficult’ among Art students in seminar SPM, which I can't believe my eyes either.

In my opinion, Mathematics is the easiest subject in SPM for Science students. I believe PMR students can even do with their PMR standard knowledge because some questions like volume of solid and area and perimeter of a circle being test in SPM. It’s not being taught in SPM therefore you can only depend on your past knowledge in Form 2. Although the questions are a lot easier than Add Maths, There are still some pupils having difficulties in Maths.

I see some students leave the 'haven't done' answers after they get the formulae to be applied in the questions, which they didn’t really answer the questions. Some of them don’t understand the questions’ needs. Therefore, exercises and guidance from teachers are essential for improvement.

SPM Intervention KL 2008 ,The questions are so direct and mostly the answers will less likely to appear in decimal. You need a little bit of logic compare to Add maths. Besides that, even if you do well in monthly test, you might end up tilting head during SPM examination hall. It’s because monthly tests don’t follow the real format of SPM. Like Intervention 1 for KL state this year, there's no chance in hell this question is coming out in real SPM.

Based on SPM Maths, it consists of 2 papers

Paper 1
- 1 ¼ hors
- 40 questions
- 40 marks

Paper 2
- 2 ½ hours
- working steps must be done
- Section A
= 52 marks
= 11 questions
- Section B
= 48 marks
= 5 questions (answer 4 of out 5)


Every chapter will be tested in Paper 1. The questions will be tested from Form 1 until Form 5. Since you have already mastered the some basics in PMR, these shouldn’t be a problem. Do past year objective questions will strengthen your basic.

In paper 2, there are only certain chapters that will be tested in SPM maths. That’s why I will concentrate more on paper 2. The whole paper 2 format based on past year questions in random order with brief tips below

Confirmed to be tested every year
Paper 2 (Section A)
1) Volume of solids (which was taught in form 2)

- most of the formulae given are for this question
- make sure the formulae are used correctly
- combined solid is sum of volume of the solids
- remaining solid is the subtraction of bigger solid and smaller solid

2) Angles of elevation and depression
-using trigonometry rule

3) Mathematical reasoning
- statement ‘and’ and ‘or’
- If p, then q. If q, then p.

4) Simultaneous linear equation
- equalize the same unknown and take out
Example : 4p - 2q = 15
(2p + 4q = 19) x2 (times 2 to make unknown 4p same)
- don’t use Add Math method, answers will be different.

5) The straight line
- y = mx + c
- gradient, gradient….
- What is c? c (y-intercept) is the point where the line touches the y-axis.

6) Quadratic expressions and equations
- ‘solve the equation’ is to find the unknown
- change the equation of the question into this form
- factorise by your own or using calculator
- must state x = ?, x = ?, there will be 2 answers

7) Matrices
- will mostly ask inverse matrix
- if you’re not sure about the answer, check if the whole outcome is identical to the inverse matrix in the question.
- the answer in a) is related to b)

8) Area and perimeter of circles (same as number 1)
- 2πr (perimeter or circumference) and πr2 (area)
- (angle/360 degree) x the formulae above for the area or perimeter of certain part

9) Probability
- is more of (number / total number).
- the formulae given are plain useless
- final answer is never less than 0 or more than 1, 1 > answer > 0

10) Gradient and area under a graph
- based on speed/ time graph
= distance is area of the graph
= rate of change of velocity is gradient of the graph
= speed is based on the graph (seldom being asked)
- beware of total distance and total speed


Paper 2 (Section B) Answer 4 questions
1) Graph of functions
- Linear functions (less likely to come out as it’s a straight line after plotted)
- Quadratic functions (2004 and 2005)
- Cubic functions (2007)
- Reciprocal functions (2006)
= this question is easy because you can detect the type of graph after you plot it.
= elastic ruler is recommended
= x-axis and y-axis should be stated in the graph

2) Transformation
- Translation
- Reflection
- Rotation
- Enlargement ( careful with the word ‘to’ and ‘from’ because it determines the image would be smaller or bigger)
= combination of transformation like VT
-do T before V. It's some kind of law.

3) Statistic
- Histogram ( 2004 and 2005)
= x-axis the upper boundary with an additional lower boundary at the front of the graph
= y-axis is frequency
- Frequency Polygon (2006)
= x-axis is midpoint
= y-axis is frequency
- Ogive (2007)
= x-axis is upper boundary
= y-axis is cumulative frequency
= additional upper boundary should be added to the table
= x-axis and y-axis should be stated in the graph


4) Plans and elevations
-plan is looked from above
-elevation is looked from the side of the solid
-the length and the edge (ABCD) should be stated correctly
-similar to a chapter of the living skills in PMR

5) Earth as a sphere
-latitude is vertical and longitude is horizontal of the sphere
-nautical mile

If you concentrate on these chapters and do a lot of past year questions, I’m sure getting A1 in Maths is not a matter for you. Choose the 4 questions that you’re confident in section Bpaper 2. Do all questions if you think you have much time to spend for taking a nap. Why study more if you know what kind of questions will come out?

Additional Tips
1) You know doesn’t mean you can get correct, try to make less careless mistakes in each paper.
2) See through the questions word by word as there will be some tricky part in the questions, especially ‘to’ and ‘from’ in enlargement.
3) Don’t be sad if you do badly in trial SPM because the odd might come to you in SPM.
4) Be sure to study smart, not study hard. Hope this helps.


TEKNIK BELAJAR MATEMATIK/ MATEMATIK TAMBAHAN

Teknik Belajar Matematik/ Matematik Tambahan

1.       Minat dalam matematik .
2.       Banyakkan latih tubi.
3.       Displin yang tinggi.
4.       Pengurusan Masa.
5.       Keazaman untuk Berjaya dan menguasai matematik.
Pelajar pintar adalah pelajar yang bijak dalam matematik. Semua pelajar mesti berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa membuat latihan intensif untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam matematik. Tidak mustahil anda akan menjadi salah seorang pelajar cemerlang sekolah jika minat dalam matematik sentiasa subur dalam jiwa dan diri anda. Begitu juga pelajar cemerlang mestilah berkeyakinan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik tambahan.Anda akan mendapat bonus atau peluang yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran jika anda cemerlang dalam subjek matematik dan matematik tambahan.  Oleh itu semua pelajar mestilah sentiasa membuat latihan secara sistematik agar kejayaan sentiasa berada di dalam genggaman anda. Ingatlah "Usaha adalah Tangga Kejayaaan". Kejayaan dalam matematik adalah bergantung dengan cara sejauh mana anda melipat gandakan usaha untuk membuat latihan dalam matematik. Yakinkan diri dan Anda Pasti Boleh.

Monday, October 3, 2011

TIP CEMERLANG PEPERIKSAAN


TIP PELAJAR SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

(Sumber Berita Harian)

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

PELAJAR CEMERLANG SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK BERJAYA. BERUSAHALAH DENGAN CARA YANG LUAR BIASA AGAR ANDA DAPAT KEJAYAAN YANG PALING CEMERLANG. BAGI SUBJEK MATEMATIK, JANGAN CUAI SEMASA MENJAWAB SOALAN. TEKNIK PENGURUSAN MASA AMAT PENTING BAGI MENENTUKAN KEJAYAAN SESEORANG PELAJAR. OLEH ITU SENTIASA MENGURUS MASA DENGAN BETUL AGAR ANDA ADA RUANG MASA UNTUK MENYEMAK SEMULA JAWAPAN. JIKA MENGGUNAKAN KALKULATOR, PERLU LEBIH BERHATI-HATI. SEMOGA SETIAP PELAJAR BAKAL MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KHASNYA DALAM SUBJEK MATEMATIK.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2011.
Dari Panitia Matematik SMKTM. 

PEPERIKSAAN PMR 2011

Panitia Matematik mengucapkan selamat menempuh peperiksaan PMR 2011 bagi semua calon PMR tingkatan 3 yang akan bermula pada 4 Oktober 2011 hingga 11 Oktober 2011. Semoga semua pelajar dapat meraih keputusan yang cemerlang khasnya dalam subjek matematik.

Tarikh peperiksaan bagi mata pelajaran matematik PMR 2011:


TARIKH
MATA PELAJARAN
MASA


ISNIN
10 OKTOBER 2011
MATEMATIK 1

8.10 – 9.25
1 JAM 15 MINIT
MATEMATIK 2

10.40 – 12.25
1 JAM 45 MINIT