• BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
  • MATEMATIK MENJANA MINDA
  • MATEMATIK ADALAH PERMAINAN HIDUP
  • MATEMATIK DAPAT MELAHIRKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS
  • PANITIA MATEMATIK
  • MATEMATIK IBARAT PERMAINAN HIDUP
  • BERFIKIRLAH SECARA KRITIS
  • REAKREASI MATEMATIK
  • BELAJAR BERFIKIR SECARA KREATIF
  • MATEMATIK ITU INDAH
  • PERMAINAN DALAM MATEMATIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir
"Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2015"

INFO MATEMATIK



1.Kursus Dalaman PBS Tingkatan 2 tahun 2013 akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 31 Disember 2012. Semua guru diwajibkan hadir mengikut panitia masing-masing. Sekiranya bertindih, keutamaan adalah bagi mata pelajaran tingkatan 2.

2.Pendaftaran pelajar tingkatan satu tahun 2013 akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012 jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.

3.Mesyuarat guru kali pertama tahun 2013 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

4.Selamat bercuti kepada semua pelajar SMKTM mulai 10 November 2012 (Sabtu).

5.Semua guru matematik/ matematik tambahan tingkatan 1 hingga 5 yang mengajar dalam tiga kelas pertama diminta mengenalpasti seramai 12 orang pelajar cemerlang dalam setiap kelas untuk dijadikan mentor bagi subjek matematik.***

6. Semua guru matematik yang terlibat dalam kelas bimbingan halus SPM 2012 diminta mengingatkan pelajar yang terlibat supaya hadir sebelum kelas bermula.***

7. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 3 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik PMR 2012 bagi kelas masing-masing.***

8. Semua guru matematik yang mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 diminta membuat post-mortem peperiksaan percubaan matematik SPM 2012 ***
Terima kasih



Tuesday, August 23, 2011

LAPORAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK SPM 2011

Program Teknik Menjawab Matematik SPM 2011 telah dijalankan pada 23 Ogos 2011 mulai jam 12.30 hingga 2.30 petang di Dewan Mutahir. Program ini telah dijalankan bagi kumpulan cemerlang matematik iaitu kelas 5SN, 5SSI dan 5PA1. Penceramah jemputan ialah En Neo Kok Theong dari SMK Iskandar Shah, Jasin.
Berikut ialah gambar semasa program teknik menjawab matematik SPM 2011 dijalankan.








Monday, August 22, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN 1 MALAYSIA SPM SIRI 2

Program Teknik Menjawab Matematik SPM akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 23 Ogos 2011 mulai jam 12.30 hingga 2.30 petang bagi kumpulan cemerlang.

Sasaran: 5SN, 5SSI, 5PA1
Tempat: Dewan Mutahir
Penceramah: En Neo Kok Theong (SMK Iskandar Shah)

Semua guru matematik tingkatan 4 dan 5 diminta berada di Dewan jika tiada kelas pada waktu tersebut.


Friday, August 5, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR 2011 kepada semua pelajar tingkatan tiga yang akan diadakan mulai 8 hingga 12 Ogos 2011. Panitia Matematik turut mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar dan dapat meraih keputusan yang cemerlang khasnya dalam subjek matematik.