Panitia Matematik mengucapkan sekalung tahniah kepada semua guru matematik yang telah menerima Anugerah Peningkatan Prestasi Guru Matapelajaran PMR 2010 sempena dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Mutahir Kali Ke 38 Sesi 2010/2011 yang telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 27 Mac 2011.
GURU PMR 2010
1.Tn Hj Zolkaply b Yunus
2.Pn Rozita bt Mohd Saad
3.En Lee Kok Kong
4.En Zambri b Abu
5.Pn Pang Fuei Shee
INFO MATEMATIK
Tuesday, March 29, 2011
ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI GURU MATAPELAJARAN PMR
Wednesday, March 16, 2011
BENGKEL MATEMATIK
BENGKEL MATEMATIK PMR/SPM & MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2011
Tarikh : 15 - 16 Mac 2011
Tempat : Dewan / Kelas
Thursday, March 10, 2011
BENGKEL MATEMATIK PMR/SPM 2011
PANITIA MATEMATIK SMK TUN MUTAHIR
JADUAL BERTUGAS GURU MATEMATIK
PROGRAM KECEMERLANGAN 1 MALAYSIA PMR DAN SPM SIRI 1 2011
BENGKEL MATEMATIK PMR – 15 MAC 2011 (SELASA)
9.30 – 11.00am
BIL | KUMPULAN | NAMA GURU PEMBIMBING | TEMPAT |
1 | 3I | En Anuar bin Lasim | Dewan Blok C |
2 | 3A | En Saiful Fadzli bin Mohamad Pn Siti Rokhana Osman | Dewan Blok C |
3 | 3J | En Zambri bin Abu Cik NoorazrinaRuhaida Idyanti | 3J |
4 | 3C | Pn Li Zhen Ying En Khoo Ah Seng | 3C |
BENGKEL MATEMATIK SPM – 15 MAC 2011 (SELASA)
9.30 – 11.00am
BIL | KUMPULAN | NAMA GURU PEMBIMBING | TEMPAT |
1 | 1 | Pn Chin Kan Thai | Dewan Mutahir |
2 | 2 | Pn Chin Chow Lin | Dewan Mutahir |
3 | 3 | Pn Mariah Abd Rahman | 5PA1 |
4 | 4 | Pn Hjh Kamariah Othman | 5PA2 |
BENGKEL MATEMATIK TAMBAHAN SPM – 16 MAC 2011 (RABU)
11.30 – 1.00pm
BIL | KUMPULAN | NAMA GURU PEMBIMBING | TEMPAT |
1 | 5SN | Pn Jamaliah bt Daud | Dewan Mutahir |
2 | 5SSI | Cik Nurul Ezzah bt Roslan | Dewan Mutahir |
3 | 5PA1 | En Lee Kok Kong | Dewan Mutahir |
INFO MATEMATIK
GALERI MATEMATIK
DUNIA MATEMATIK
Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Tahukah anda bahawa orang kidal lebih pintar dalam matematik? Kidal bermaksud individu yang cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian. Secara amnya, orang kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Walaupun pada hakikatnya mereka cenderung menguasai seni, muzik, kreativiti, emosi dan kebijaksanaan. Orang yang menggunakan tangan kanan lebih menguasai bahasa, pertuturan, tulisan, logik, matematik dan sains. Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menguasai matematik jika ada usaha dan disiplin yang tinggi.
Ahli saintis seperti Isaac Newton, Albert Einstein adalah golongan yang kidal dan telah berjaya mencipta banyak teori dan rumus. Oleh itu, seseorang tidak mengira kidal atau tidak akan berjaya jika ada usaha yang luar biasa. Kejayaan dalam matematik adalah bergantung kepada sejauh mana seseorang itu membuat latihan yang berterusan tanpa jemu. Otak sesorang adalah ibarat mesin yang boleh berfungsi jika sentiasa bekerja. Disiplinkan diri dan sentiasa buat latih tubi serta latihan yang banyak. Anda akan berjaya menjadi seorang yang pintar dan cemerlang dalam Matematik
INOVASI DAN MATEMATIK
Salam sejahtera kepada semua. Berikut ialah pengertian berkaitan Inovasi dan Matematik.
Inovasi bermaksud suatu perubahan atau cara yang baru dalam membuat sesuatu. Ia boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti pengembangan atau perubahan revolusi dalam pemikiran, produk, proses atau organisasi.
Matlamat sesuatu inovasi adalah untuk mencapai perubahan yang positif ke arah mendapatkan sesuatu hasil yang lebih baik. Inovasi merupakan satu idea yang sangat penting terutamanya dalam bidang-bidang seperti ekonomi, perniagaan, sosiologi, kejuruteraan, pendidikan serta sains dan teknologi.
Idea matematik merupakan asas kepada kebanyakan inovasi dalam bidang sains dan teknologi. Inovasi dalam pendidikan matematik juga sering dilihat sebagai suatu isu yang amat penting memandangkan subjek matematik merupakan satu subjek teras serta kritikal sejak sekolah rendah lagi.
Contoh inovasi dalam matematik dapat dilihat dalam PPSMI, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, komunikasi secara teknologi serta pelbagai inovasi lain yang berlaku dalam bidang pendidikan matematik.
Oleh itu, kita harus sentiasa belajar menerima sesuatu perkara baru dalam merealisasikan pendidikan yang holistik ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang khasnya dalam bidang matematik. Sesungguhnya "MATEMATIK MENJANA PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF"