KENALI MATEMATIK
Matematik didefinisikan sebagai
pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak, struktur, perubahan dan ruang,
atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan
struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat
sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik
juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Pengetahuan dan penggunaan matematik asas
sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu
dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat
purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya
diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini ,
pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga
Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik
berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu
pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.
TOKOH-TOKOH MATEMATIK
TOKOH-TOKOH MATEMATIK
Rene’
Descartes (1596-1650)
Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat.
Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika panjangnya
diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan
tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau
sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.
Archimedes 287 – 212 sm
Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan
meninggal pada tahun 212 sebelum masihi . Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di
sekolah Euklid. Egypt merupakan kota
terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga
dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Pencapaian
beliau yang terkenal ialah
Hukum
Hidrostatik Archimedes
Mencipta
Takal
Skru
Archimedes
Menemui pi Π
Sir
Isaac Newton (1642-1727)
Dilahirkan
pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil
beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat,
maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan
seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam
matahari. Pencapaian:
Hukum
Newton, Teorem binomial
John Venn
(1834-1923)
John Venn dilahirkan pada 4 August 1834
di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge,
England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian.
Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan.
Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta
gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set.
Johann Carl
Friedrich Gauss
Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di
Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover ,
Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah
nombor 1-100 dengan cepat. Beliau menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50
pasang dan setiap satunya ialah 101. Beliau
banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematik dan astronomi. Antara
pencapaiannya ialah :
Menemui Hukum Bode iaitu teorem
binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor
perdana, Pembinaan 17-gon(poligon)
menggunakan pembaris dan kompas.
Al-Biruni
(973-1050)
Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan
Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath,
Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal
dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni,
Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik
dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah
membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga
telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan
dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama
menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km
Al-Battani
(850-929)
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn
Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik.
Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli
astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan
merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual kotangen.
Al-Khawarizmi (780
- 850)
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa
Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang
matematik dan astronomi. Antara
buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku
Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan
Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam
bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.
Omar Khayyam (1048-1131)
Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn
Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4
dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam
bidang Algebra. Beliau pernah membuat
percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk
persamaan darjah ke tiga. Malah beliau
juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini
termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada
penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya
agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan
oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis
bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar
Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam
bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada
pembentukan teori garisan selari. Beliau
juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja
di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang
tepat. Khayyam berjaya memperkenalkan
kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
Al Khazin (900-971)
ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun
900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai
al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Al-Khazin merupakan salah seorang saintis
yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana
Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut
tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul
pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi.
Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya
menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.” Salah
satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu
kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan
rujukan utama saintis lain. Kerja itu
menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada
waktu Perang Dunia Kedua. Hasil kerja
al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada
ahli Matematik, al-Khujandi. Al-Khujandi
mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua
nombor x, y, z
Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang
berbeza daripada Ptolemy.
Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model
solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari
adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi.
Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan
satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang
berpusatkan bumi